PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 4 Julai 2009

IBUBAPA CEMERLANG ANAK TERBILANG
















IBUBAPA CEMERLANG ANAK TERBILANG

Khamis – 2hb Julai 2009 -“Hanya ibubapa yang cemerlang sahaja yang dapat mendidik anak anak menjadi insan yang terbilang. Itu adalah intipati utama yang diperlukan dalam menjadikan kehidupan seseorang itu berjaya”. Itulah antara perkara utama yang ditekankan oleh pakar motivasi Sdr. Zaid bin Hj Hamzah untuk berjaya.

Beliau berkata demikian dalam satu program motivasi keibubapaan yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang dikhaskan untuk ibubapa ibubapa sekitar Kampung Padang Jawa. Program tersebut yang dianjurkan secara bersama antara PIBG Sekolah Rendah Agama dan PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Jawa beserta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang jawa Petaling telah berjaya menarik minat sekitar 200-300 penyertaan dikalangan ibubapa.

Menurut Sdr Zaid Hj Hamzah lagi, ibu bapa mesti menjadi contoh yang terbaik terhadap anak anak. “Ibu bapa mesti menjadi PENJAGA, PEMIMPIN, GURU, KAUNSELOR, DOKTOR PSIKOLOGI, PENGUATKUASA, PENDENGAR, PENYELESAI MASALAH serta KAWAN yang baik untuk menjadi ibubapa yang cemerlang. Ibubapa adalah sebagai role model terhadap anak anak. Sebab itu pastikan setiap sumber halal serta cara hidup mestilah baik serta yang diredhai Allah swt.”

Beliau menambah lagi ibubapa harus mengikut peredaran masa sejajar dengan keadaan masa kini yang mementingkan kemahiran spt Teknologi Maklumat, bidang pekerjaan yang semakin mencabar serta kemahiran berkomunikasi yang baik dan lain lain lagi.

Antara ciri ciri kecemerlangan sebuah keluarga ialah, Akidah yang mantap, Ikatan Kasih Sayang, Harmoni, Ekonomi yang stabil, Sumber rezeki yang halal dan banyak lagi.

Sebagai akhirnya, beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak lupa bahkan wajib memberikan kekuatan dalaman terutama aspek agama terhadap anak anak. “Insya llah ini akan dapat memastikan anak anak tidak tergelincir dari landasan utama dalam kehidupan mereka di masa akan datang. Kecermelangan mestilah bersepadu antara dunia dan akhirat” katanya.

Sebelum itu, dalam ucapan alu aluan, Yang DiPertua PIBG Sekolah , Tn Hj Isa b Ishak menjelaskan bahawa prestasi murid murid di Sekolah Padang Jawa adalah tidak begitu memberangsangkan. Beliau menyarankan agar agar ibubapa sentiasa memberi perhatian terhadap anak anak dalam usaha kearah kecermelangan di kalangan anak anak sekitar Padang Jawa.

Tn Hj Abdul Aziz, selaku Pengerusi JKKK serta Ketua Kampung pula menyarankan kepada ibubapa agar sentiasa memerhati tingkah laku anak anak agar tidak terjerumus ke dalam gejala social. “Anak anak adalah satu asset besar dan mereka harus di awasi selalu kerana mudah terpengaruh kepada perkara perkara yang buruk” . katanya.

Program motivasi ini telah diresmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad yang diwakili oleh Sdr Halim Redzuan. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan syabas kepada Pihak pihak penganjur kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat kepada penduduk setempat dan berharap dapat diperbanyakkan lagi program program yang seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan