PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 6 Mei 2009

MAJLIS DIALOG PENDUDUK BERSAMA AGENSI KERAJAAN
















27hb Feb 2009 – Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MP Zon 6) Kawasan Shah Alam telah menganjurkan satu Majlis Dialog Bersama Agensi Kerajaan pada 27hb Februari yang lalu. Antara agensi yang terlibat termasuklah Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta PEMADAM Selangor.
Menurut Tn Haji Abdul Aziz Barhan (Pengerusi JKKK), majlis dialog yang menemukan penduduk dengan agensi kerajaan ini di samping pusat khidmat bergerak itu memberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan jabatan kerajaan yang ada di daerah ini serta khidmat yang disediakan untuk kebajikan masyarakat setempat.
“Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu menerangkan fungsi agensi agensi terbabit serta peranan mereka dalam masyarakat setempat.penduduk juga berpeluang mengenali pegawai-pegawai yang terlibat bersama agensi berkenaan dalam membantu penduduk menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat di Kampung Padang Jawa Petaling.
Turut hadir adalah Para Pemimpin dari Pakatan Rakyat. Antaranya ialah Tn Hj Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, Pn Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga, Tn Zulkifli Mohd Nani selaku Ketua MPP Zon 6, Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS Padang Jawa Petaling.

Tidak ketinggalan ialah Penghulu Mukim Bukit Raja, Tuan Ardzmi b Mohd Atan.
Menurut Tn Hj Abdul Aziz, tujuan utama program terbabit adalah untuk memudahkan segala urusan rasmi penduduk dengan pihak kerajaan dalam menangani pelbagai masalah dan memberikan cadangan.
Dalam masa yang sama katanya, program tersebut diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di antara pihak kerajaan dan penduduk.
"Hubungan yang baik ini akan dapat membantu mengatasi permasalahan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
"Usaha ini diharapkan dapat mencapai objektifnya untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain di samping dapat memastikan wujudnya kerjasama antara penduduk dan kerajaan dalam mengatasi masalah secara bersama.
“Kita juga berharap penduduk mengetahui perkhidmatan yang disediakan dan selepas ini boleh berurusan dengan jabatan berkenaan sekiranya memerlukan perkhidmatan mereka,” katanya.
Sementara itu, pada majlis tersebut juga ia sedikit sebanyak memberikan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan negeri dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Antaranya mengenai pemberian 20 meter padu air percuma, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti dan program peningkatan hasil dari bahan batuan dan mineral.

Seterusnya, Penduduk penduduk kampong telah berkesempatan mengajukan pelbagai soalan serta persoalan yang sedang berlaku di dalam Kampung Padang Jawa. “Semuga semua soalan serta persoalan yang menyelubungi diri saya serta penduduk penduduk sedikit sebanyak mendapat jawapannya dan dapat pula membantu menyelesaikannya” kata En Suradi, seorang penduduk asal warga emas Kampung Padang Jawa.

Antara yang turut sempat melontarkan soalan ialah Sdr. Chandra, Sdr Anuar Keling, Sdr Suradi, Sdr Suraman, Sdr Effendi, Sdr Alias serta beberapa orang lagi penduduk.

Majlis dialog ini yang telah bermula sekitar jam 09.00 pagi telah berjaya mengumpulkan kehadiran tidak kurang 500-1000 penduduk dan telah berakhir sekitar jam 1.00 tgh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan