PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 April 2009

DERMA ANAK ANAK YATIM PADANG JAWA










DERMA ANAK-ANAK YATIM 1Sabtu – 03 Jan 09. -

Lazimnya setiap kali tiba bulan Disember maka teringatkalah kita terhadap anak anak yang akan memulakan persekolahan pada bulan jan nanti..Di sinilah saatnya kita rasa terpanggil dan timbul keprihatinan dalam meringankan bebanan segelintir insan yang serba kekurangan menerusi sumbangan derma .
Sehubungan itu, pada 3hb Jan 09 yang lalu seramai 52 orang anak yatim Sekitar Padang Jawa Petaling telah menerima sumbangan derma dalam bentuk kewangan daripada seorang tokoh korporat yang tidak mahu dikenali..
Majlis Penyampaian Derma Bagi Anak-anak Yatim Padang jawa ini telah di seliakan oleh Biro Kebajikan, JKKK Kg Padang Jawa Petaling berlangsung di Bilik Gerakan Padang Jawa pada hari Sabtu 03 Jan 09 yang lalu.
Hadir selaku tetamu kehormat dan selanjutnya menyampaikan sumbangan tersebut, ialah Penghulu Mukim Bukit Raja, Tuan Arzmi bin Md. Atan.Dalam ucapan beliau,menjelaskan tujuan sumbangan derma ini diberikan adalah untuk sama-sama memberikan bantuan yang tentunya akan memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim dalam sama-sama menanti ketibaan hari persekolahan yang akan bermula pada 05 jan 09.Beliau menjelaskan, dengan memberikan pertolongan berupa sumbangan derma tersebut ianya dapat menyuntik semangat di dalam diri mereka agar tidak merasa tersisih atau bersedih tatkala tibanya musim baru pesekolahan dan ini juga membantu mereka untuk tidak merasa rendah diri dan keseorangan kerana ini akan membolehkan diri mereka merasa bahawa masih ada insan-insan yang prihatin terhadap mereka.Sebagaimana terteranya di dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang kehebatan dan kelebihan memberi sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang itu tidak akan hilang begitu saja, bahkan ia akan dibalas dengan bentuk kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya. Ingatlah, rezeki yang kita perolehi itu, bukanlah menjadi hak milik kita sepenuhnya, tetapi ada kadang di dalamnya hak dan rezeki untuk orang lain. Apabila kita mengetahui betapa besarnya kelebihan bersedekah itu, nescaya kita tidak akan meninggalkannya atau mengabaikannya dari mengeluarkan sedekah.
Turut hadir bersama suami ialah Wakil Rakyat DUN Bt Tiga, Pn Rodziah Ismail yang turut memberi ucapan ringkas serta memberi semangat untuk mereka memulakan sessi persekolahan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan