MH370
Rabu, 23 Januari 2013
KHATAN PERDANA
11hb November 2012 - Biro kebajikan, JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan satu program Khatan Perdana yang telah diadakn pada 11hb November 2012 yang lalu.
Seramai 32 orang pelajar pelajar yang terdiri dari Masyarakat sekitar kampung Padang Jawa Petaling telah mendafatarkan diri untuk sama sama menyertai majlis berkhatan ini. Menurut Sdra Mahfuz Othman, Ketua Biro kebajikan...sambutan yang diberikan oleh masyarakat amat amat menggalakkan sehingga pihak JKKK terpaksa menolak permohonan yang datang.
Majlis sambutan yang diadakan dimulakan dengan ucapan alu aluan dari Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan. Turut sama memberi ucapan Tahniah dan syabas atas kejayaan menjayakan program ini ialah Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid samad dan ADUN Pn Rodziah ismail.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan Qasidah oleh Ahli Klab Bani Az Zahrah dan kehadiran kesemua peserta peserta Khatan. Bacaan Khatam Al Quran turut diadakan oleh adik Nurul Najwa.
Tazkirah Maghrib turut diadakan yang dipandu oleh Ustaz Hj Mohd Syahiidd Tusiran Iskandaraniy.
PERSATUAN TEKSI PADANG JAWA
Majlis Peresmian Persatuan Teksi Padang Jawa telah diadakan pada 2hb November 2012 yang lalu. Serentak dengan itu juga, satu majlis pelancaran Insuran berkelompok telah diadakan .
Menurut Setiausaha Persatuan, Sdr Baharuddin Hj Daud tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk melindungi ahli ahli persatuan dari perkara perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagainya.
Turut hadir meresmikan majlis ini ialah YB Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad. serta Pengerusi JKKK Tn hj Abdul Aziz Hj barhan.
Khamis, 20 Disember 2012
KEJOHANAN BADMINTON KELAB KELAB PADANG JAWA
Satu lagi acara Sukan iaitu Badminton telah diadakan di Dewan padang jawa pada 13hb Oktober 2012 yang lalu. Kejohanan terbahagi kepada kategori Terbuka untuk semua dan Tertutup yang dikhaskan untuk penduduk Padang Jawa sahaja.
Menurut Pengarah Program Sdr Abu Shah hashim kejohanan anjuran JKKK Padang Jawa Klang dan Petaling serta Kelab Kelab badminton sekitar Padang Jawa ini adalah satu lagi cara dan riadah sihat serta dalam saling mengeratkan siratulrahim dikalangan penduduk,
Johan Pertandingan menerima Piala serta Hadiah Wang Tunai RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Turut memeriahkan kejohanan ini adalah dengan kehadiran Ahli Majlis, Sdr Halim Redzuan, Ketua Cawangan Hj Hisham, Ketua Kampung Tn Hj Abdul Aziz dan Sdr Saian Asmari . Mereka bersama sama telah bermain satu set pertandingan badminton selaku gimik peresmian.
Langgan:
Catatan (Atom)