PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 24 Januari 2012

TO' HJ ABDUL AZIZ DINOBAT SELAKU KETUA KAMPUNG KETIGA TERBAIK NEGERI SELANGOR...







Khamis 01hb Disember 2011- Syukur, Alhamdullillah di atas limpah kurnia Allah swt kepada hamba hambanya. Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz bersama sama barisan AJK nya telah di nobat selaku Ketua Kampung Ketiga tkaerbaik Negeri Selangor dalam majlis yang telah diadakan hari ini.


Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Ketua Kampung Daerah Gombank manakala Juara telah dimenangi oleh Ketua Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat.

Menurut beliau, apa yang diusahakan kepada masyarakat kampung selama adalah kerana memenuhi kehendak serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau oleh Kerajaan Negeri, jesteru beliau menyatakan adalah amat penting seluruh penduduk dapat merasakan pembangunan yang diterima di Padang Jawa.

Antara pembangunan yang sentiasa diusahakan termasuklah pembangunan infrustruktur seperti Jalanraya, longkang, kebersihan sampah sarap, lampu lampu jalan mahupun industri kecil sederhana. Termasuk juga pembangunan dari segi kebajikan penduduk terutama kepada Warga miskin, OKU, Warga emas, uzur, mahupun ibu tunggal serta mangsa mangsa banjir sewaktu berlaku kejadian.. Juga termasukklah adalah pembangunan insan dan tarbiah seperti mengadakan kelas kelas agama dan membaca alquran untuk wanita, kuliah kuliah agama di lorong lorong, program untuk remaja seperti berqiyamulail dan riadah, mahupun riadah diluar kaawasan. Juga lain lain termasuklah program pembangunan kesihatan seperti pencegahan Denggi melalui combi, gotong royong dan sebagainya.

Pembangunan yang sedang diusahakan pula adalah mengadakan pusat rekreasi serta riadah , Dewan Orang ramai, padang permainan dan lain lain. Tujuan pembangunan ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk masyarakat agar dapat dimanafaat sepenuhnya untuk kebaikan.

Anugerah ini adalah sebagi bonus dan sebagai pengiktirafan dari phak berwajib dan insya Allah pihak JKKK akan sentiasa berusaha yang termampu untuk terus membela masyarakat agar membangun dan tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara.

Blogger ingin mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Ketua Kampung serta barisan AJK nya . Tidak dilupakan sama sama beruisaha keras ialah To Penghulu Mukim Bukit Raja sendiri, To Arzmi b Mohd Atan yang sama sama berusaha serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam membentuk barisan yang mantap dan istiqamah. Juga setinggi tinggi penghargaan kepada semua Pegawa Pegawai Tinggi dari Pejaibat Daerah Petaling yang turut memberi sokongan padu kepada kampung kami.

Hanya Allah yang dapat membalas budi kelian.Jazakallah.

KURSUS MOTIVASI DIRI



Satu program kursus motivasi diri telah diadakan pada Ahad 4 hb Disember 2011 yang lalu.
Program yang bermula seawal jalm 08.00 pagi itu adalah bertujuan untuk memberi kekuatan serta motivasi kepada para peserta nya. Penceramah motivasi jemputan yang dijemput pada pagi tersebut ialah Tuan Shamsudin Kadir, seorang pakar kewangan serta pakar motivasi. Beliau juga popular dalam rancangan rancangan yang diterbitkan oleh TV9.

Seramai kira kira 40 peserta menyertai kami pada pagi tersebut yang telah diadakan secara percuma. Pihak JKKK sentiasa berharap motivasi seperti ini akan dapat memberi kekuatan kepada peserta peserta yang terdiri dari golongan ibu ibu dan bapa serta AJK sendiri.

Isnin, 23 Januari 2012

RIADAH BERSAMA JKKK




 
Satu program Rehlah dan Riadah telah berjaya dianjurkan oleh JKKK Padang Jawa Petaling pada Ahad 3hb Disember 2011 yang lalu.
Seramail lebih 60 peserta telah turut serta dalam program tersebut. Kebanyaknya terdiri dari para ahli Kumpulan HAWA Padang Jawa Petaling serta diiringi oleh ahli ahli keluarga AJK JKKK Padang Jawa Petaling. Menurut Pengrusi JKKK, tujuan utama progrma ini adalah sebagi satu riadah setelah program program sebelum ini yang dianjurkan oleh pihak JKKK telah mendapat kerjasama yang amat amat baik dari pihak HAWA.

Turut serta adalah AJK dari PAS Cawangan Padang Jawa Petaling . Antar program termasuklah acara sukaneka dewasa dan kanak kanak serta renang. Turut diadakan adlah acara menduga akal yang dikendalikan oleh Sdr Muriza dan krew belliau. Majlis di tamatkan dengan acara cabutan nombor bertuah.

Rabu, 21 Disember 2011

ZIARAH BERSAMA SAMA PELAJAR UITM



 
 
 
 

21/11/2011 - Pelajar pelajar Fakulti Matematik Uitm Shah Alam sekali lagi telah mengadakan kunjungan untuk tujuan ziarah dan kebajikan kepada  masyarakat di Padang Jawa Petaling ini. Pelajar pelajar UITM ini di bawah pimpinan Professor Paramjeet Singh yang juga bertindak selaku penaja kepada semua barangan barangan keperluan untuk edaran.

Menurut professor Paramjeet, antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi bantuan serta kebajikan kepada yang memerlukan terutamanya yag miskin, uzur serta golongan kurang bernasib baik. Ianya juga adalah untuk memberi kesedaran serta kefahaman kepada pelajar pelajar sendiri mengenai hakikat kehidupan sebenar diluar sana serta melihat sendiri masalah masalah serta keperitan hidup yang dialami oleh masyarakat.

Ianya juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial yang sepatutnya ada dikalangan badan badan kerajaan, badan badan korporat dan badan badan swasta. Sebanyak 5 buah keluarga telah sempat di ziarahi serta bantuan berbentuk barangan keperluan dan wang ringgit telah dihulur kepada yang memerlukan.

Kami di JKKK akan terus berusaha dengan lebih banyak lagi badan badan diluar Kampung agar mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha membantu golongan ini Insya Allah.

Khamis, 15 Disember 2011

MERAIKAN PETUGAS PETUGAS DAN AJK....

 




 

 
19hb November 2011 - Satu majlis meraikan seluruh Ahli Jawatankuasa serta petugas petugas dan para penderma penderma telah diadakan pada 19hb November yang lalu. Yang diraikan ini adalah dari pertubuhan NGO seperti HAWA, Padang Jawa, Ahli ahli dari PAS Padang Jawa, Jawatankuasa Surau Nurul Iman  dan Pemuda dan golongan belia di Padang Jawa.

Program yang bermula jam 09.00 malam itu telah turut dihadiri bersama sama oleh oleh ahli ahli Majlis Perwakilan Penduduk MPP dari Zon 5, Dr Daroyah dtan Zon 6, Tn Haji Abdul Halim Redzuan. Turut bersama sama ialah Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS Padang Jawa Petaling.

Tujuan utama majlis ini diadakan adlah untuk mengeratkan lagi tali siratul rahim yang telah sedia terjalin antara kesemua pertubuhan ini. Ianya juga diadakan untuk meraikan petugas petugas yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan dan menjayakan JKKK yang menyertai pertandingan Ketua Kampung terbaik Peringkat Negeri Selangor.

Selasa, 6 Disember 2011

DELEGASI PERTANDINGAN KETUA KAMPUNG TERBAIK NEGERI SELANGOR

  
 




11 November 2011 - JKKK mengucapkan Selamat Datang Ahlan Wa Sahlan kepada seluruh delegasi untuk memilih Ketua Kampung Tradisi terbaik peringkat Negeri Selangor 2011. Majlis bermula jalm 09 .00 pagi dan bertempat di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Petaling telah dimulakan dengan demontrasi Silat Lincah oleh Pelajar Pelajar Sek. Menengah Sek 16 Shah Alam yang menetap di Padang Jawa Petaling.

Para Delegasi telah dijemput ke Pejabat Bilik Gerakan JKKK tepat jam 09.13 pagi. Di dalam pejabat inilah para delegaasi akan membuat termuramah kepada Ketua Kampung sendiri mahupun pertanyaan ut kepada AJK sendiri.

Selesai sessi termuramah, para delegasi turut dihidangkan dengan jamuan makan tengahari bersama sama AJK JKKK sebelum mengakhiri dengan membuat lawatan ke Kedai kek Mantep kepunyaan Saudara Azman Md Zain untuk tujuan lawatan Industri Kechil Sederhana.

Untuk blogger, ini adalah satu pengalaman baik yang dapat memberi satu idea idea baru yang akan dapat pihak JKKK sendiri ketengahkan dimasa masa akan datang.
SEMUGA BERJAYA .........