10HB November 2010 - Satu Musibah telah berlaku di Padang Jawa apabila satu kebakaran telah berlaku bertempat di Lorong Jasa, Jalan Mat Raji, pada 10hb November, ya ng lalu.
Kebakaran itu telah meranapkan sama sekali rumah yang dimiliki oleh Puan Habibah berserta rumah anak beliau yang terletak secara berkembar Di Lorong tersebut.
Menurut Jiran terdekat, En Rosman, kebakaran itu berlaku sekitar Jam 09.40 pagi dan api telah marak dengan begitu cepat menyebabkan rumah kediaman tersebut telah hangus mengambil masa kira kira 20 minit sahaja.
Menurut Pegawai Penyiasat Bomba Seksyen 15, Shah Alam, pihak bomba telah menerima panggilan sekitar jam 09.45 pagi dan telah bergegas ke tempat kejadian. Setibanya sekitar jam 10.05 pagi pihak Bomba terus berusaha memadamkan kebakaran serta mengawal api dari merebak ke rumah rumah sekitar. Pihak Bomba juga telah dapat mengawal kebakaran dari merebak sekitar 1 jam kemudian.
Menurut seorang penduduk sekitar, En. Din, beliau telah turut serta membantu mangsa kebakaran serta mengeluarkan barang barang beharga dari turut musnah. "Saya telah sempat mengambil kayu panjang dan telah menyentap kabel letrik yang turut menyambungkan ke rumah bersebelahan. Alhamdullilah, rumah jiran telah dapat diselamatkan mungkin dari tindakan saya itu...menceritakan keadaan sewaktu kejadian.
Menurut pengerusi JKKK, padang Jawa Hj Abdul Aziz barhan, mangsa akan dipindahkan sementara ke Dewan Masjid As Solihin sementara menunggu bantuan dari pihak pihak berwajib. Pihak pihak dari Jabatan kebajikan Masyarakat serta Lembaga Zakat Selangor telah turut segera hadir membantu mangsa serta menghulurkan bantuan segera sebelum menyusul bantuan bantuan lain di masa seterusnya.
"Saya sendiri akan mengusahakan untuk membantu mangsa mendapatkan rumah sementara sebelum rumah yang terbakar tersebut dapat di baiki ataupun di bina yang baru. " Kami selaku JKKK akan terus berusaha serta memantau keadaan mangsa agar mangsa serta keluarganya tidak tersisih serta dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. Saya juga bagi pihak JKKK melahirkan simpati ke atas apa yang berlaku serta semuga Allah memberi kekuatan kepada semua yang terlibat.' kata Tn Hj Abdul Aziz lagi.
Rumah rumah jiran juga turut mengalami kerosakan juga akan mendapat bantuan sepatutnya agar mereka pun turut menjadi berasa tenang.
Kejadian tersebut turut mendapat liputan meluas akhbar akhbar harian seperti Sinar dan Kosmo.
MH370
Selasa, 30 November 2010
JEMPUTAN AIDILFITRI BERSAMA SAMA NAIB CANSELOR DAN PELAJAR UITM SHAH ALAM
06 Oktober 2010 - JKKK Padang Jawa petaling telah turut dijemput selaku tetamu khas di dalam program Sambutan Idilfitri Bersama sama para pelajar pelajar Uitm Shah Alam pada 6hb Oktober yang lalu.
Program anjuran alumni Uitm itu telah turut dihadiri oleh ribuan para pelajar plajar yang tinggal di sekitar kawasan Shah Alam.
naib Canselor Uitm, Professor IR Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah berkenan untuk meresmikan majlis gemilang ini .

Isnin, 29 November 2010
#! KENALI KETUA KAMPUNG PADANG JAWA PETALING
#! Assalamualaikum. Kepada Seluruh Masyarakat Padang Jawa Petaling yang berminat mengenali Ketua Kampung Tn Hj Abdul Aziz, Sila lawati You Tube TV Selangor. Bual Bicara mengenai Kampung Kita Padang Jawa Petaling.
http://www.youtube.com/watch?v=Gcq-zeb9Fyc&feature=player_embedded#!
http://www.youtube.com/watch?v=Gcq-zeb9Fyc&feature=player_embedded#!
Sabtu, 20 November 2010
AIDIL FITRI BERSAMA SAMA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK...
Sabtu 09/10/2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan majlis aidil fitri bersama sama golongan kurang bernasib baik sekitar Padang Jawa Petaling. Antara jemputan yang hadir seramai lebih 150 orang termasuklah Golongan warga emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal, Anak anak yatim, termasuklah golongan warga miskin.
Menurut Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan, antara tujuan program ini adalah untuk meraikan golongan ini agar mereka tidak merasa kekurangan ataupun terpinggir. Beliau berkata golongan ini sangat sangat perlu untuk dibela sejajar dengan dasar kerajaan Negeri sendiri iaitu Negara Berkebajikan.
Pihak JKKK sendiri akan sentiasa berusaha untuk membantu mereka mereka ini kerana bukan sahaja kerana dasar kerajaan, tetapi adalah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk saling bantu membantu sekiranya mereka berada di dalam kesusahan..kata Tn Hj Abdul Aziz lagi.
Sementara itu, warga warga Padang Jawa yang akanmenunaikan Fardhu Haji ke Mekah juga turut diraikan. Antara yang hadir adalah Puan Saamah dari Lorong Bali dan Puan Wak Sahar dari Lorong Berangan.
Kesenua tetamu telah dijamu dengan pelbagai hidangan seperti nasi Impit kuah kacang, Kuin Muih, Mee Sop buah buahan serta pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.

Langgan:
Catatan (Atom)