PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 April 2009

GOTONG ROYONG JLN MAT RAJI DAN JLN BILAL








GOTONG ROYONG 4 : KESEDARAN MEMBASMI WABAK DENGGISIRI 215hb Februari 09 –
Program gotong royong siri kedua telah diadakan dengan kawasan kawasan tumpuan ialah sekitar Jalan Bilal Wondo dan Jalan Mat Raji.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk penduduk sekitar sangat sangat menggalakkan dengan hampir 300 orang penduduk telah sama sama menjayakan program ini.
Antara kerja kerja yang dilakukan ialah mengumpul dan membuang sampah, membersih longkang untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes.Sebanyak 11 lorong telah terlibat dalam kerja gotong royong ini . Pokok pokok di bahu jalan turut ditebang supaya dapat lagi mengindahkan kawasan sekitaran disamping dapat mencegah penularan wabak denggi.
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Hj Khalid Samad dalam ucapan ringkas mengucapkan tahniah di atas usaha-usaha pihak pihak berwajib menganjurkan program ini.AJK MPP Zon 6, Hj Hisham Parman pula berharap aktiviti ini dapat diteruskan dalam memupuk perassan cintakan alam sekitar dan menggalakkan sikap kebertanggungjawaban di kalangan penduduk.
Sementara itu, Pengerusi Surau Nurul Iman, Hj Abdul Jalil Abdul Wahab berkata, ‘program seperti ini dapat memberikan pelbagai manafaatat kepada penduduk sekitar, termasuk mengeratkan ukhwah, serta dapat menyedarkan mereka bahawa kebersihan itu adalah tuntutan agama’.

DERMA ANAK ANAK YATIM PADANG JAWA










DERMA ANAK-ANAK YATIM 1Sabtu – 03 Jan 09. -

Lazimnya setiap kali tiba bulan Disember maka teringatkalah kita terhadap anak anak yang akan memulakan persekolahan pada bulan jan nanti..Di sinilah saatnya kita rasa terpanggil dan timbul keprihatinan dalam meringankan bebanan segelintir insan yang serba kekurangan menerusi sumbangan derma .
Sehubungan itu, pada 3hb Jan 09 yang lalu seramai 52 orang anak yatim Sekitar Padang Jawa Petaling telah menerima sumbangan derma dalam bentuk kewangan daripada seorang tokoh korporat yang tidak mahu dikenali..
Majlis Penyampaian Derma Bagi Anak-anak Yatim Padang jawa ini telah di seliakan oleh Biro Kebajikan, JKKK Kg Padang Jawa Petaling berlangsung di Bilik Gerakan Padang Jawa pada hari Sabtu 03 Jan 09 yang lalu.
Hadir selaku tetamu kehormat dan selanjutnya menyampaikan sumbangan tersebut, ialah Penghulu Mukim Bukit Raja, Tuan Arzmi bin Md. Atan.Dalam ucapan beliau,menjelaskan tujuan sumbangan derma ini diberikan adalah untuk sama-sama memberikan bantuan yang tentunya akan memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim dalam sama-sama menanti ketibaan hari persekolahan yang akan bermula pada 05 jan 09.Beliau menjelaskan, dengan memberikan pertolongan berupa sumbangan derma tersebut ianya dapat menyuntik semangat di dalam diri mereka agar tidak merasa tersisih atau bersedih tatkala tibanya musim baru pesekolahan dan ini juga membantu mereka untuk tidak merasa rendah diri dan keseorangan kerana ini akan membolehkan diri mereka merasa bahawa masih ada insan-insan yang prihatin terhadap mereka.Sebagaimana terteranya di dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang kehebatan dan kelebihan memberi sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang itu tidak akan hilang begitu saja, bahkan ia akan dibalas dengan bentuk kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya. Ingatlah, rezeki yang kita perolehi itu, bukanlah menjadi hak milik kita sepenuhnya, tetapi ada kadang di dalamnya hak dan rezeki untuk orang lain. Apabila kita mengetahui betapa besarnya kelebihan bersedekah itu, nescaya kita tidak akan meninggalkannya atau mengabaikannya dari mengeluarkan sedekah.
Turut hadir bersama suami ialah Wakil Rakyat DUN Bt Tiga, Pn Rodziah Ismail yang turut memberi ucapan ringkas serta memberi semangat untuk mereka memulakan sessi persekolahan yang baru.

PROGRAM DERMA ANAK ANAK YATIM DI PANSAPURI RIMBA











DERMA ANAK ANAK YATIM




227Disember 2008 – Sebelum itu, satu program untuk anak anak yatim juga telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rimba, Sungai Rasa Klang.
Program anjuran Pejabat DUN Batu tiga itu telah berjaya mengumpulkan sejumlah lebih 60 anak anak yatim sekitar Padang Jawa Petaling manakala anak-anak penduduk penduduk yang layak sekitar Pangsapuri rimba juga telah menerima bantuan dari pejabat DUN Bt tiga.
Bantuan sempena pembukaan sekolah sessi 2009 itu diberi dalam bentuk sebuah beg sekolah beserta kasut sekolah.
Hadir menyampaikan barangan tersebut ialah Ahli Parlimen YB Hj Khalid Samad dan DUN Batu Tiga YB Rodziah Ismail.

BULETIN DESA PADANG JAWA PETALING

BULETINDESADITERBITKAN OLEH BIRO ICT JKKK PADANG JAWA PETALING / EDISI 1“Kejujuran dan Ketekunan”“Produktiviti Tinggi Amalan Kita”


Kata-kata AluanTn HJ Abdul Aziz Hj Barhan Pengerusi JKKK Padang Jawa PetalingKetua Kampung Padang Jawa PetalingTerlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat atas usaha, dorongan dan komitmen semua di atas kewujudan dan pelancaran Buletin Desa Padang Jawa Petaling yang ulung kalinya ini. Peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buletin ini adalah amat dihargai.Dengan kewujudan Buletin ini sememangnya tepat pada masanya yang sejajar dengan matlamat rangkakerja Biro yang merancang untuk merapatkan jurang digital di antara kaya maklumat (information-rich) dan kurang maklumat (information-poor).

Terhasilnya bulletin ini antaranya bertujuan juga meningkatkan kefahaman akan tugas dan tanggungjawab JKKK Kg Padang Jawa Petaling terhadap kampong agar tidak disalahertikan oleh penduduk penduduk.Saya amat yakin dan percaya Buletin ini dapat meningkatkan ICT dan kefahaman yang asas terhadap tanggungjawab kami sebagai pemimpin di Kampung yang tercinta ini kepada kalangan semua penduduk tidak mengira kaum apapun dengan harapan meningkatkan kualiti hidup mereka tidak megira dari golongan yang tidak berkemampuan mahupun golongan yang mempunyai sedikit kelebihan.

Dengan mengintegrasikan penggunaan Buletin ini, diharap ianya dapat memberi maklumat yang berguna dan baik terhadap seluruh penduduk kampong ini dengan harapan agar apa yang kami lakukan ini diterima baik oleh penduduk seluruhnya.

Sehubungan itu, saya mengharapkan buletin ini dapat memberi banyak faedah bukan sahaja kepada kepada penduduk kampong ini, malah kepada pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan di tempat lain.Di sini saya menyeru dan berharap agar-agar penduduk penduduk kampong ini bersama-sama membantu kami dalam usaha kami memajukan kampong ini. Selain ini kami tidak akan lupa terutama dalam aspek keselamatan serta kebajikan penduduk penduduk kampong. Kami sesungguhnya dengan sedaya upaya akan cuba membantu semua golongan yang muda mahupun yang tua, pelajar mahupun yang bekerja setakat kemapuan kami.Harapan kami agar tuan tuan dan puan puan mengambil peluang atas usaha kami dengan membantu kami dalam program program yang kami cuba lakukan untuk penduduk kampong ini,

Akhir kata, saya mengharapkan kami dapat melakukan yang terbaik dan akan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain di seluruh Malaysia, dan juga akan dikenali di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

SENARAI AJK AJK JKKK PADANG JAWA PETALING.

1. Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan (Pengerusi)

2. Sdr Shanrom Sazali Karman (Setiausaha)

3. Sdr Mohd Zahid Hj Borhan (Bendahari)

4. Sdr Hamdan b Abd Ghani (Keselamatan)

5. En. Chandran a/l Marimuthoo (Keselamatan)

6. Tn Hj Abdullah Mail (Keselamatan)

7. Sdr Azman b Mohd Taib (Ekonomi)

8. Mohd Faudzi b Hj Abu Bakar (Ekonomi)

. Sdr Mohd Nasir b Keling (Kebajikan)

10. Pn. Rahelah bt Arshad (Wanita)

11. Sdr. Mahfuz bin Othman (Agama dan pendidikan)

12. Sdr Mohd Razali bin Ahmad (Agama dan Pendidikan)

13. Sdr Abu Shah bin Hashim (Belia dan Sukan)

14. Sdr Mohamed Tarmizi Mohamed Nor (Belia dan Sukan)

15. Sdr Khairul bin Zakaria (Teknologi dan ICT)