MH370
Khamis, 20 Disember 2012
PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA JKKK
Ahad 22hb September 2012 - Penggerak Belia Tempatan PeBT yakni salah sebuah badan yang diletakkan di bawah Majlis bandaraya Shah Alam melalui Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 telah berjaya menganjurkan program BAKTI SISWA pada 22hb September 2012 yang lalu . Program ini adalah dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling.
Antara Program program yang diadakan dalam majlis ini Servis Motor Percuma Oleh Pelajar pelajar Teknikal dari INSPEN . Juga memotong rambut / rebonding / cuci dsb yang dikhaskan untuk kaum HAWA. juga diadakan gotong royong membersih kawasan sekitar rumah rumah dan penduduk Kampung padang Jawa ini. Turut diadakan adalah acara sukan indoor seperti Carrom, Catur serta Dart.
Program sehari ini turut menampikan Yang Berbahgia Ustaz Suhaini Ahmad Wakid sebagai Penceramah Motivator bagi memberi motivasi serta kesedaran dalam hidup beragama . Ini kerana dalam keadaan suasana sekitar sekarang yang tidak membantu dikalangan pelajar pelajar terutama dalam hidup beragama. Sekurang kurangnya pengisisan seperti ini dapat memberi kesedaran dikalangan pelajar agar jangan hanya mementing pelajaran tapi agama lebih utama.
Turut diadakan adalah perlawanan bolasepak memakai kain antara Kumpulan Pemuda dan Veteran.
Majlis diakhiri dengan acara cabutan nombor bertuah serta peserta terbaik program.
Rabu, 12 Disember 2012
Isnin, 10 Disember 2012
RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI TO KETUA
Masyarakat Kampung telah sudi mengunjungi rumah To Ketua Hk Abdul Aziz hj Barhan dalam rumah terbuka eidul fitri yang telah diadakan pada 6hb September 2012 yang lalu.
Turut Hadir YB Rodziah Ismail, YB Yaakop Sapari, To Penghulu Arzmi Mohd Atan serta YB Hj Abdul Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.
Langgan:
Catatan (Atom)