PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 6 Ogos 2012

Ziarah bersama PAS....









PAS Cawangan Padang Jawa Petaling dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telag mengadakan satu program Ziarah kepada masayarakat Padang Jawa ini,. Program ini diadakan pada 23hb April 2012 yang lalu dan diantara rumah rumah yang telah sempat dikunjungi adalah rumah saudara Kamarul, Rumah Tn Hj Selamat, rumah adik Yusoff dan beberapa buah rumah lagi.
Lawatan dan ziarah ke rumah saudara Kamarul dan adik Yusoff adalah susulan dari peristiwa yang berlaku kepada anak sdr Kamarul. yang telah meninggal dunia akibat musibah. Turut terlibat dalam musibah tersebut ialah adik Yusoff ynag turut diziarahi.
Pihak PAS dan JKKK mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semuga roh allayarham anak sdr Kamarul dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman..amin

KULIAH LORONG SRI AMAN...







Satu Program kuliah lorong telah di adakan bertempat di Lorong Sri Aman pada Sabtu 31/03/2012 yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama sama dari JKKK, Jawatankuasa Program Kuliah Lorong, Persatuan Penduduk Lorong Sri Aman, Surau Nurul Iman , Masjid As Solihin Padang Jawa dan MPP Zon 6.
Pihak Jawatankuasa telah menjemput Imam I Masjid As Solihin selau penceramah pada malam itu. turut hadir ialah Ketua Kampung Hj Abdul Aziz dan AJK.
Dalam majlis ini juga, pihak jawatankuasa telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan miskin serta warga warga emas di sekitar lorong itu. Insya Allah, program ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

USRAH DAN PERINGATAN.....







19hb March 2012 - Satu Program Usrah dan peringatan telah diadakan pada 19hb March yang lalu. Program yang diadakan ini adalah sebagi satu usaha dakwah yakni usrah dan peringatan dikalangan para AJK AJK JKKK serta kumpulan HAWA Padang Jawa.
Alhamdullillah, ianya mendapat sambutan baik dengan kehadiran hampir keseluruhan ahli demi merawat hati ini. Naqib pda malam itu adalah saudara Ustaz Rizal yang juga merupakan Pegawai kepada ADUN Kota Anggerik, YB Yaakob Sapari.

Ustaz Rizal juga meneceritakan pengalaman beliau dalam menjalani kehidupan serta kewajipan intiqamah dalam kehidupan beragama. Insya Allah hiup akan selamat. Beliau juga mengucapkan syabas di atas usaha usaha gigih pihak JKK mengadakan program seperti ini. Alhamdullillah.

Rabu, 1 Ogos 2012

ZIARAH LAGI...




 
Satu lagi program ziarah telah diadakan oleh JKKK Padang Jawa Petaling. Kali ini rumah rumah yang diziarahi adalah rumah golongan warga emas penduduk asal Kampung Padang Jawa ini,.
Di antara rumah yang telah sempat kami ziarahi ialah rumah saudara Suraman Hj Sahir Orang Lama Padang Jawa dan juga rumah Tn Hj Bakar, seorang veteran UMNO yang terletak di Jalan Tegas Padang Jawa.
Dalam majlis ini juga pihak JKKK yang diketuai oleh Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan telah sempat menyumbangkan sedikit buah tangan kepada mereka berdua.
Kedua dua mereka sedang mengalami masalah kesihatan iaitu saudara Suraman mengalami sakit kaki manakala Tn Hj Bakar mengalami masalah jantung.
Kami mendoakan agar mereka berdua semuga cepat sembuh serta hidup sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt Insya Allah.

PROGRAM ZIARAH BERSAMA DEWAN MUSLIMAT PAS





8hb Januari 2012 - Program ziarah ke masyarakat sekitar Padang Jawa diteruskan. Kali ini JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam telah bergerak untuk sama sama menziarahi golongan dari kaum India sekitar Padang Jawa Petaling.

Antara rumah rumah yang diziarahi ialah rumah disekitar Lorong Melur 1 dan Lorong Melur 11 di Jalan Mat Raji. Di kesempatan ini, Dewan Muslimat juga telah sempat memberi sumbangan kepada golongan warga warga emas dan juga miskin  dikalangan mereka.

Dewan Muslimat juga mengambil kesempatan untuk menghulurkan salam perkenalan dan semuga kunjungan ini menjadi satu lagi titik tolak kerarah hubngan ynag lebih baik PAS dan kaum India.

KULIAH BULANAN






 
Satu program kuliah lorong telah di adakan pada hari Sabtu 25hb Februari yang lalu.
Program bulanan kali ini telah dibimbing oleh Yang Berbahgia Ustaz Nasaruddin Ali , seorang pendakwah bebas dari Negeri Sembilan.

Seperti biasa program bermula dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan surah yasin dan tahlil beramai ramai untuk mendapat keberkatan dari Allah swt.
Kuliah bermula selepas selesai solat Isyak serta Ucapan dari jemputan. Antara yang turut hadir ialah To Penghulu Arzmi Mohd Atan. Seterusnya masyarakat dihidangkan dengan majlis makan malam dan minum. Semuga program seperti ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

Khamis, 31 Mei 2012

BOLING ANTARA KAMPUNG : PADANG JAWA PETALING DI TANGGA KE 3





Ahad - 27hb May 2012 - Angka tiga seakan akan sudah sinonim dengan Kampung Padang Jawa Petaling apabila kali ini, sekali lagi menduduki tangga ketiga dalan kejohanan Boling antara Kampung Kampung daerah Petaling yang telah di adakan di Sunway Pyramid Megalanes ahad lalu.

Kejohanan untuk merebut Piala Pegawai daerah Petaling serta dianjurkan oleh Pentadbiran Daerah Petaling ini telah menemukan sebanyak 29 buah Kampung yang terdapat di daerah Petaling. Skuad Pdang Jawa Petaling telah diwakili oleh AJK Sdr Abu Shah, Sdr Zamanhuri, Sdr Mahfuz dan Sdr Zahid dan Tn Hj Aziz selaku Pengurus Pasukan.

Johan pertandingan ialah Pasukan dari Kg Budiman Meru, Naib Johan dari Kampung Puchong. Namun kemenangan mereka tidaklah begitu bermakna kerana sebahagian besarnya oleh mereka di wakili oleh Para Pemain Professional Boling yang hadir lengkap dengan peralatan sendiri seperti pembalut tangan dan Bola, manakala Skuad kami adalah tulen dari AJK JKKK.

Piala Kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah sendiri iaitu Dato Zulkifli serta di iringi oleh Timbalan Pegawai Daerah serta Pegawai Pegawai Jabatan serta To; Penghulu. Program yang bermula jam 08.00 pagi dan diakhiri jam 1.00 tengahari. Terima Kasih buat Pengurusan Pejabat Daerah Petaling yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya dan diharap kejohanan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.