
Dalam Ceramah beliau, menyatakan inilah buat kali pertamanya sebuah pertubuhan JKKK menjemput beliau dan diharap bukan kali terakhir. Dalam ceramah beliau, beliau telah menegur mengenai kebanjiran filem filem yang berunsur tahyul terutamanya filem filem seram yang amat banyak di hidangkan kepada penonton penonton terutamanya dari TV3, serta Astro. kerana ini semua adalah unsur unsur ttahyul serta khurafat yang boleh membawa kepada Syirik kepada Allah.
Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat agar bertanya sesuatu yang tidak diketahui kepada ahlinya dan bukan bertanya kepada yang tidak tahu seperti TV3 bertanya kepada seorang artis mengenai hukum Hudud.
Semuga ini menjadi iktibar kepada kita semua.
Turut hadir dalam majlis ceramah ini ialah Tn Hj Jamil, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad. Jamuan turut disediakan kepada semua tetamu majlis dalam program yang dimulakan sejak maghrib itu dan berakhir sekitar 11.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan