6hb November 2011 - Surau Nurul Iman telah mengadakan majlis Korban sempena Aidil Adha pada 6hb Noverber 2011 lalu. Turut memberi kerjsama ialah AJK JKKK Padang Jawa Petaling.

Ahli Jawatankuasa JKKK telah diberikan tugas tugas khas yang diantaranya ialah menyediakan unit urusetia yang akan mengawal selia seluruh petugas petugas sepanjang majlis berlangsung. AJK AJK JKKK juga telah ditugaskan untuk mengedarkan kesemua daging daging yang telah siap dibungkus kepada penduduk sekitar. Antara penerima penerima yang diutamakan ialah terdiri dari golongan warga yang miskin, warga Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal serta mualaf. dan seterusnya kepada masyarakat.
Alhamdullillah, kesemuanya tugas yang diberikan telah dilakukan dengan baik. Dikesempatan ini kami AJK JKKK ingin mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha kepada seluruh masyarakat.Padang Jawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan