Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelawat mengenai cara cara menghasilkan roti. Pelawat pelawat telah diberi sessi penerangan mengenai cara cara pembuatan roti termasuklah roti potong, roti kek, roti bun dan lain lain lagi. Juga diterangkan mengenai prosedur pemprosesan dari mula hingga akhir serta jaminan kebersihan diutamakan.MH370
Isnin, 28 Februari 2011
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GARDENIA BAKERIES
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelawat mengenai cara cara menghasilkan roti. Pelawat pelawat telah diberi sessi penerangan mengenai cara cara pembuatan roti termasuklah roti potong, roti kek, roti bun dan lain lain lagi. Juga diterangkan mengenai prosedur pemprosesan dari mula hingga akhir serta jaminan kebersihan diutamakan.GOTONG ROYONG AKHIR DAN AWAL TAHUN
Gotong royong pertama telah diadakan pada tarikh pada tarikh 26 Dec bertujuan untuk membersih serta menampal lubang lubang yang terbentuk di sekitar laluan motor dan basikal ke Seksyen 17 Shah Alam.
Laluan kecil ini jugalah yang menampung sebagai laluan utama pelajar pelajar sek Men Section 16 Shah Alam yang kebanyakkannya dari Padang Jawa. Ianya juga merupakan laluan untuk penduduk yang bekerja di Kilang sekitar Shah Alam.Menurut ketua Kampung, Tn Hj Aziz memandangkan kepentingan laluan tersebut, kami mengambil inisiatif ini untuk bersama sama membersihkan laluan tersebut untuk kemudahan semua. Menurut Hj Hisham pula laluan ini amat penting untuk semua dalam masa yang sama 'kami masih lagi menanti nati agar pihak berwajib dapat segera menyiapkan laluan alternatif kedua yang dicadangkan sebelum ini.
Ahli ahli masyarakat telah sama sama mebantu membersihkan laluan ini termasuklah dari ahli jemaah Surau, Ahli Jawatankuasa JKKK dan PAS tidak ketin ggalan skuad COMBI Padang Jawa serta dari MPP Zon 6, Tuan Abd Halim Mohd Redzuan.
Gotong royong kali kedua pula telah diadakan pada 12hb Februari 2011 di kawsan sekitar Surau Nurul Iman bertujuan untuk membersihkan kawasan Surau serta kawasan untuk program Majlis Maulidur rasul peringkat Padang Jawa Petaling.
Selasa, 22 Februari 2011
JEJAK FAKIR BERSAMA YAYASAN AN NAJJAH
Yayasan An Najjah adalah sebuah yayasan yang bertujuan untuk golongan fakir miskin termasuklah anak anak yatim serta saudara saudara baru islam ini dalam membela nasib anak anak mereka agar tidak ketinggalan dalam bidang mata pelajaran terutamanya yang beraliran agama.
3 buah keluagra miskin telah dikenalpasti untuk program ini terdiri dari keluarga Puan Norhaiza yang mempunyai 6 orang anak, keluarga Puan Azizah yang mempunyai 14 orang anak serta Puan Maimunah yang mempunyai 5 orang anak. Puan Aminah telah bertemu mereke serat menerangkan kepada Ketua ketua keluarga untuk tujuan murni mereka agar mendapat bantuan sepenuhnya dari pihak keluarga itu sendiri.Isnin, 21 Februari 2011
MASYARAKAT KAUM CINA DIRAIKAN
Masyarakat kaum cina sekitar Padang Jawa Petaling telah dirai dalam satu program ziarah Tahun Baru Cina. Program tersebut telah di adakan pada 31hb Januari 2011 yang lalu itu telah turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBSA serta Pengerusi MPP Zon 6 Shah Alam iaitu Tuan Abdul Halim Mohd Redzuan.
Turut serta juga ialah Ketua PAS Padang Jawa Petaling Tn Hj Hisham Parman. Manakala JKKK telah diwakili oleh saudara Shanrom Sazali, Zahid, Sdr Abu Shah serta saudara Faizan.
Dalam program itu, rombongan kami telah menziarahi beberapa buah rumah serta premis perniagaan di sekitar iaitu Kedai John, serta Kedai motorsikal dan Handphone milk Kaum cina sekitar Padang Jawa Petaling. Rombongan telah juga memberi kad ujcapan Tahun Baru, serta Goodie bag sebagai buah tangan sambil mengucapkan Tahun baru kepada mereka.










