MH370

Rabu, 21 Disember 2011
ZIARAH BERSAMA SAMA PELAJAR UITM
21/11/2011 - Pelajar pelajar Fakulti Matematik Uitm Shah Alam sekali lagi telah mengadakan kunjungan untuk tujuan ziarah dan kebajikan kepada masyarakat di Padang Jawa Petaling ini. Pelajar pelajar UITM ini di bawah pimpinan Professor Paramjeet Singh yang juga bertindak selaku penaja kepada semua barangan barangan keperluan untuk edaran.


Ianya juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial yang sepatutnya ada dikalangan badan badan kerajaan, badan badan korporat dan badan badan swasta. Sebanyak 5 buah keluarga telah sempat di ziarahi serta bantuan berbentuk barangan keperluan dan wang ringgit telah dihulur kepada yang memerlukan.
Kami di JKKK akan terus berusaha dengan lebih banyak lagi badan badan diluar Kampung agar mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha membantu golongan ini Insya Allah.
Khamis, 15 Disember 2011
MERAIKAN PETUGAS PETUGAS DAN AJK....

Program yang bermula jam 09.00 malam itu telah turut dihadiri bersama sama oleh oleh ahli ahli Majlis Perwakilan Penduduk MPP dari Zon 5, Dr Daroyah dtan Zon 6, Tn Haji Abdul Halim Redzuan. Turut bersama sama ialah Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS Padang Jawa Petaling.
Tujuan utama majlis ini diadakan adlah untuk mengeratkan lagi tali siratul rahim yang telah sedia terjalin antara kesemua pertubuhan ini. Ianya juga diadakan untuk meraikan petugas petugas yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan dan menjayakan JKKK yang menyertai pertandingan Ketua Kampung terbaik Peringkat Negeri Selangor.
Selasa, 6 Disember 2011
DELEGASI PERTANDINGAN KETUA KAMPUNG TERBAIK NEGERI SELANGOR

Para Delegasi telah dijemput ke Pejabat Bilik Gerakan JKKK tepat jam 09.13 pagi. Di dalam pejabat inilah para delegaasi akan membuat termuramah kepada Ketua Kampung sendiri mahupun pertanyaan ut kepada AJK sendiri.

Untuk blogger, ini adalah satu pengalaman baik yang dapat memberi satu idea idea baru yang akan dapat pihak JKKK sendiri ketengahkan dimasa masa akan datang.
SEMUGA BERJAYA .........
Isnin, 5 Disember 2011
SAMBUTAN EIDUL ADHA BERSAMA UST. HJ KAMAL NASIR....

Dalam Ceramah beliau, menyatakan inilah buat kali pertamanya sebuah pertubuhan JKKK menjemput beliau dan diharap bukan kali terakhir. Dalam ceramah beliau, beliau telah menegur mengenai kebanjiran filem filem yang berunsur tahyul terutamanya filem filem seram yang amat banyak di hidangkan kepada penonton penonton terutamanya dari TV3, serta Astro. kerana ini semua adalah unsur unsur ttahyul serta khurafat yang boleh membawa kepada Syirik kepada Allah.
Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat agar bertanya sesuatu yang tidak diketahui kepada ahlinya dan bukan bertanya kepada yang tidak tahu seperti TV3 bertanya kepada seorang artis mengenai hukum Hudud.
Semuga ini menjadi iktibar kepada kita semua.
Turut hadir dalam majlis ceramah ini ialah Tn Hj Jamil, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad. Jamuan turut disediakan kepada semua tetamu majlis dalam program yang dimulakan sejak maghrib itu dan berakhir sekitar 11.00 malam.
Sabtu, 3 Disember 2011
MAJLIS KORBAN BERSAMA JKKK
7hb November 2011 - Satu lagi mng majlis korban telah diadakan padan Hari Raya Kedua Eidul Adha yang lalu. Majlis kali ini adalah anjuran bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling serta Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan, Jalan Mat Raji, Padang Jawa.
Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorban pada hari tersebut. Antara lembu yang dikorban itu termasuklah dari sumbangan dari Pejabat YB Dun Batu Tiga sendiri, Pn Rodziah Ismail. manakala 2 ekor lagi adalah dari hasil korban masyarakat di sekitar Lorong Hj Borhan.
Turut hadir menyerikan majlis tersebut adalah YB Rodziah Ismail sendiri dan tidak ketinggalan juga To Arzmi bin Mohd Atan selaku Penghulu Mukim Bukit Raja. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran dari Kumpulan HAWA Padang Jawa selaku sebuah pertubuhan NGO di Padang Jawa ini.


Semuga Ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt.
AIDIL ADHA DAN KORBAN SURAU NURUL IMAN
6hb November 2011 - Surau Nurul Iman telah mengadakan majlis Korban sempena Aidil Adha pada 6hb Noverber 2011 lalu. Turut memberi kerjsama ialah AJK JKKK Padang Jawa Petaling.

Ahli Jawatankuasa JKKK telah diberikan tugas tugas khas yang diantaranya ialah menyediakan unit urusetia yang akan mengawal selia seluruh petugas petugas sepanjang majlis berlangsung. AJK AJK JKKK juga telah ditugaskan untuk mengedarkan kesemua daging daging yang telah siap dibungkus kepada penduduk sekitar. Antara penerima penerima yang diutamakan ialah terdiri dari golongan warga yang miskin, warga Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal serta mualaf. dan seterusnya kepada masyarakat.
Alhamdullillah, kesemuanya tugas yang diberikan telah dilakukan dengan baik. Dikesempatan ini kami AJK JKKK ingin mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha kepada seluruh masyarakat.Padang Jawa.SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI



Turut hadir bersama ialah Pegawai Khas YB Rodziah, En Reman Nathan serta Puan Maya. Barangan sumbangan antaranya termasuklah kulih muih serta saree.
Jumaat, 2 Disember 2011
PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT
Satu program Khas Mesra Rakyat telah diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada 24hb Oktober 2011 yang lalu. Program bermula dengan lawatan Menteri Besar ke kawasan kawasan yang terpilih. Antaranya ialah kawasan Puchong yang terdapat Industri kecil.

Langgan:
Catatan (Atom)