PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 9 Julai 2009

LANTIKAN BIRO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN






Rabu 8hb Julai 09 - Ahli Jawatankuasa Kecil biro Keselamatan serta Biro Kebajikan secara resminya telah menerima perlantikan ke jawatan masing masing dalam satu program yang telah diadakan di Bilik Gerakan JKKK padang Jawa Petaling pada 8hb Julai yang lalu.

Dalam majlis itu, seramai 26 orang AJK kecil dari Biro Keselamatan dan seramai 20 orang dari Biro Kebajikan telah menerima watikah perlantikan ke jawatan masing masing. Tn. Arzmi bin Md Atan selaku Penghulu Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling telah sudi menyerahkan surat lantikan masing masing.

Dalam ucapan alu aluan, beliau mengucapkan tahniah ke atas JKKK Padang Jawa Petaling kerana telah berjaya menubuhkan biro biro berkenaan dengan jayanya. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada JKKK padang Jawa Petaling kerana pada pengamatan saya, JKKK di sini adalah antara yang paling aktif sekali dalam aktiviti mereka tak kira program Sukan untuk belia, program kebajikan mahupun program pembangunan. Ada antara kampung di daerah Petaling ini yang masih belum berjaya menubuhkan jawatankuasa mereka kerana kesukaran kesukaran yang dihadapi, seperti perbedaan pendapat, ideologi dan lain lain lagi. Saya meletakkan Padang Jawa Petaling di tangga teratas dari segi keaktifan serta gerak kerja mereka" katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan kepada JKKK Padang Jawa Petaling untuk menubuhkan satu skuad yang mampu menangani keadaan kecemasan sekiranya berlaku satu satu musibah di Kampung Padang Jawa Petaling. Sebagai permulaannya beliau mencadangkan satu Skuad Bomba mini ditubuhkan. Ini akan dapat membantu dalam keadaan kecemasan sekiranya berlaku di mana skuad bomba tersebut mampu menangani keadaan sementara menanti kedatangan pihak Bomba sendiri. Ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerosakan serta kemusnahan harta di peringkat awal lagi. Beliau memberi contoh seperti penduduk penduduk di Pasir Penambang Kuala Selangor yang telah berjaya menubuhkan skuad Bomba mereka sendiri bahkan mereka mempunyai Lori Bomba sendiri.

Dari segi ekonomi pula, beliau mencadangkan agar Amanah Ikhtiar Malaysia diaktifkan bagi memajukan Industri Kecil di Kampung Padang Jawa terutama di kalangan kaum wanita agar berjaya menjadi usahawan serta berpotensi memajukan ekonomi di kalangan penduduk penduduk dalam bersaing dengan para peniaga dari pendatang luar.

Beliau juga melahirkan rasa gembira beliau kerana dapat berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menurut beliau telah berjaya memerintah dengan baik sekali berbanding dari yang terdahulu. "Selangor beruntung kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi. Ini secara tidak langsung membantu Negeri Selangor menjadi lebih maju dan terkedepan berbandng negeri lain di Malaysia" katanya lagi.

Sementara itu, Tn. Hj Abdul Aziz selaku Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa Petaling dalam ucapan beliau meminta kepada semua AJK JKKK kecil yang dilantik agar menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat. Ini kerana mereka adalah dari kalangan yang terpilih dan beliau juga meminta komitment mereka dalam menjalankan tugas mereka selaku AJK kecil biro masing masing. Beliau juga berharap agar Biro biro lain segera menubuhkan AJK kecil agar dapat melicinkan lagi gerakkerja gerakkerja agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Dalam majlis ini juga, para belia dan remaja diraikan dengan kehadiran mereka serta sokongan mereka sewaktu membantu gerak kerja dalam program Sukan Belia yang diadakan pada 7/6/09 yang lalu. tidak ketinggalan, Semua hadirin telah dihidangkan dengan makanan serta kuih muih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan