PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 26 Julai 2009

KEM SMART SOLAT UNTUK REMAJA












Ahad - 26Jul2009 - Seramai 170 orang remaja berusia 9 tahun hingga 16 tahun telah mengikuti Program ‘Smart Solat’ yang dianjurkan oleh Surau Nurul Iman, Jalan Mat Raji Padang Jawa bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 26hb Julai yang lalu.


Program yang kali pertama diadakan di Padang Jawa ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menandakan kesedaran ibu bapa semakin meningkat tentang perlunya pendidikan ibadah anak-anak diberi keutamaan . Program ini yang dikendalikan oleh sebuah agensi latihan dan Motivasi telah mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak terutamanya pihak JAIS yang telah menyediakan makanan dan minuman. Terdapat juga beberapa pihak lain serta orang perseorangan telah sudi menyumbangkan derma dalam melancarkan lagi program ini.
Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu oleh Perunding motivasi Sdr Zaid Hj Hmazah dipenuhi dengan bengkel perbincangan untuk memberikan lebih kefahaman kepada semua peserta. Kesemua peserta peserta telah diajarkan serta didedahkan dengan cara cara solat yang betul. Antara yang diajarkan termasuklah cara cara solat yang betul serta cara mengambil wudhu' yang betul serta doa doa.


Sebelum itu, Pengerusi surau nurul iman Sdr Abdul Rahman Jalil Dalam ucapan alu aluannya telah menerangkan tentang peri pentingnya Solat dalam kehidupan seharian seseorang. Beliau menjelaskan bahawa antara objektif program itu ialah :

· Untuk mendedahkan kepada para peserta kepentingan solat sebagai tiang agama.
· Untuk memperbetulkan bacaan-bacaan teori dalam solat.
· Untuk memperbetulkan pergerakan praktikal solat sebagaimana solat nabi.
· Untuk mendidik diri agar bertanggungjawab dalam mengerjakan solat.

Beliau juga berharap agar anak anak yang menyertai kem ini dapat mempraktikkan solat yang berkualiti dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung dengan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam ianya akan menjadi benteng dalam usaha usaha pihak berwajib bagi menangani gejala sosial yang banyak berlaku pada masa ni di Padang Jawa itu sendiri.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Padang Jawa Petaling merangkap Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Barhan selaku penasihat program.

Majlis persmian telah disempurnakan oleh Pegawai Khas YB Dun Batu Tiga Pn Rodziah Ismail. Beliau turut mengucapkan syabas kepada pihak Surau Nurul Iman atas kejayaan menganjurkan program ini yang julung julung kalinya di adakan di Padang jawa.

Program berakhir sekitar jam 04.00 ptg dengan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Wakil Jabatan Agama Islam Selangor Ust. Khusrin bin Nayan.
(Untuk melihat gambar program sila klik Galeri Tayangan Gambar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan