Ahad - 18hb Julai 2010 - Hari ini, ADUN Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail telah berkesempatan untuk turut serta dalam program ziarah anjuran kami, dari Biro Kebajikan JKKK Padang Jawa Petaling.
Kami telah berkesempatan untuk berkunjung ke lima buah rumah yang telah dipilih. Antara nya termasuklah golongan warga emas, Warga yg sedang mengalami keuzuran serta golongan miskin. Biro Kebajikan JKKK diwakili oleh Sdr Mahfuz b Othman selaku Ketua Biro, Pn Hjh Rahelah selaku Ketua Hal Ehwal Wanita serta seluruh barisan AJKnya seperti Pn Zaleha, Sdr Ismail, Pn Hjh Hamidah, Sdr Abdul Ghani serta isteri kepada Sdr Mahfuz Othman. Turut hadir selaku Pengerusi JKKK ialah Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan serta Setiausaha Sdr Shanrom Sazali Hj Karman.
Sementara wakil dari Parti Islam Semalaysia ialah Tn Hj Hisham Hj Parman selaku Ketua Cawangan Padang Jawa Petaling, Pn Hjh Salmah selaku Ketua Muslimat sementara wakil dari Surau Nurul iman adalah Saudara Abdul Rahman Hj jalil.
Dalam ucapan alu-aluan , Pn Rodziah Ismail mengucapkan tahniah serta terima kasih di atas inisiatif inisiatif yang dilakukan oleh pihak JKKK untuk menziarahi serta membantu golongan golongan ini. Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri sendiri yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama demi membantu golongan yang memerlukan ini. Dalam kunjungan ini, Pn Rodziah telah sempat menyerahkan bantuan bantuan asas kepada kesemua yang dilawati serta memohon kepada mereka semua agar sentiasa bersabar atas dugaan yang diberi oleh Allah swt.
Keluarga keluarga yang telah sempat kami kunjungi adalah Keluarga yang hampir kesemuanya terletak di Lot 624, Jalam Mat Raji iaitu Keluarga Pn. Hasnah bt Katu, keluarga Pn Painah bt Katu, Keluarga Pn Azizah Sharif, Keluarga Pn Saimah Hj Jalil, Keluarga Pn hadinah bt Hj Jalil, serta Keluarga Pn Cek Ros bt Cek Samat (suami : Hashim b Hj Jalil).
MH370
Selasa, 27 Julai 2010
Isnin, 5 Julai 2010
ALFATIHAH......BUAT SDR ARIFF
Isnin 5hb July, 2010 - Kami selaku Ahli Jawatankuasa JKKK kampung padang Jawa petaling merakamkan ucapan Takziah kepda keluarga Sdr Mohamd Ariff yang telah meninggalkan dunia pada hari Ahad 4hb July 2010. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, Insya Allah - Amin Ya Robbal Alamin.
**(JKKK telah sempat menziarahi beliau pada 30hb June yang lalu)

KULIAH BULANAN DI LORONG SRI AMAN
Ahad 4hb Julai 2010 - Siri Kuliah bulanan anjuran JKKK Padang Jawa Petaling kali ke 5 ini telah mengalami sedikit kelainan apabila Siri Kuliah kali ini telah diadakan di Lot 626 Lorong Sri Aman, Jalan Mat Raji.
Kuliah kali ini telah menampilkan Ustaz Sahid Tusiran selaku penceramah jemputan. Beliau tampil pada kali ini bagi menggantikan Pnceramah asal yang dijemput iaitu, Ust Nik Bakri Nik Mat yang tidak dapat hadir di saat saat akhir akibat keuzuran.
Yang berbahgia Ustaz Sahid menekankan betapa kepentingan solat dalam kehidupan seharian mampu membawa seseorang itu kepada jiwa yang tenang serta mencapai keredhaan Allah swt. Antara ciri ciri serta keutamaan bersolat adalah :
1. Dapat membersih jiwa luar dan dalam lahir dan batin. Solat itu merupakan doa ataupun permintaan.
2. Hikmah bersembahyang i.Sentiasa ingat bahawa kita adalah hamba Allah. ii. Mendapat kenikmatan yang sebenar. iii. Sentiasa meminta keampunan kepada Allah kerana ia ada bacaan dalam solat. iv. Supaya kita dapat merasa kesempurnaan dalam kehidupan. v. Menjadi santapan jiwa .Menjadi ingat untuk beriman rukun iman dan rukun Islam .
Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan Doa selamat, Yasin dan Tahlil Arwah dari Jemaah Surau Nurul Iman yang telah turut bersama sama, serta seluruh AJK AJK JKKK Padang Jawa Petaling serta kehadiran ramai masyarakat di Lorong Sri Aman dan sekitarnya.
Sementara itu, Ketua Lorong Sri Aman, Sdr Mahfuz Othman melahirkan kegembiraan beliau di atas kesudian masyarakat khasnya penduduk penduduk Lorong tersebut untuk sama sama menyertai program tersebut. Menurut beliau program kali ini adaalah sedikit kelainan kerana selain kuliah di sebelah malamnya, terdapat aktiviti bergotong royong secara berjemaah telah diadakan di sebelah paginya. Ini pula diikuti dengan program beramah mesra bersama sama pelajar pelajar Uitm fakulti matematik dari Uitm Seksyen 17, Shah Alam. Pelajar pelajar tersebut sempat juga memberi tunjuk ajar matematik kepada anak anak yang menetap dilorong tersebut .
Menurut beliau lagi, program program seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi dalam usaha pihak JKKK mendekati masyarakat serta pula mendekati anak anak terutamanya yang akan memduduki peperikasaan akhir tahun ini samada PMR mahupun SPM. Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan erima Kasih kepada semua pelajar pelajar terbabit yang sudi meluangkan masa mengikuti program tersebut yang bermula dari 10 pagi sehinggalah berakhir jam 10.30 malam.
Turut hadir dalam program ini adalah Tn Haji Abdul Aziz Hj Barhan selaku Ketua Kampung, Hj Hisham Parman selaku Pengerusi Surau Nurul Iman serta Sdr Halim Redzuan, Aktivis Gaza dari kapal Mawi Marmara. Sdr Halim Redzuan pernah menetap di lorong tersebut selama lebih 15 tahun.
Program berakhir dengan jamuan khas untuk seluruh yang hadir.
ZIARAH ...ZIARAH..
Selasa 29hb June 2010 - Program Ziarah diteruskan lagi. Kali ini kami kerumah 4 lagi orang warga Padang Jawa terdiri dari warga yang uzur serta warga emas.
Rumah pertama kami kunjungi ialah kerumah Puan Siti Asiah yang terletak di Lot 643 Lorong Wak Sirat. Puan Asiah merupakan balu kepada Allahyarham En Bakar yang pernah menetap di Padang Jawa selama 20 tahun satu ketika dahulu sebelum pulang ke kampung halaman beliau di Melaka. Kini balu allahyarhami serta anak anak beliau kembali menetap di Padang Jawa demi memudahkan anak anak mencari rezeki. Seperti biasa kunjungan kami tidak lengkap jika tidak membawa sekali buah tangan berupa barangan keperluan seharian.
Rumah kedua kami kunjungi adalah rumah Puan Kharil di Lorong India 2. Beliau yang mengalami sakit bengkak bengkak badan itu mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian JKKK serta Biro kebajikan mengunjungi beliau.
Rumah seterusnya kami telah mengunjungi rumah Puan Rafidah yang terletak di Lorong Bali bersebelahan Surau Nurul Iman. Beliau juga mengalami keuzuran yang agak lama. Beliau yang mempunyai tanggungan seramai 4 orang anak itu tidak bekerja akibat keuzuran tersebut. Suami beliau pula adalah seorang pemandu lori dan perlu bekerja mencari rezeki memandu dalam waktu yang memerlukan beliau banyak keluar daerah. Ini menyebabkan beliau jarang dapat berada bersama keluarga tersayang.
Akhirnya, pihak JKKK telah mengunjungi Sdr Ariff yang rumahnya terletak di Jalan tegas Padang Jawa. Beliau juga mengalami keuzuran yang serius. Sewaktu kunjungan kami, beliau hanya mampu tersenyum dan hanya mampu duduk di atas katil akibat keperluan peralatan perubatan atas sakit yang di alaminya. Pihak JKKK sendiri akan cuba mengambil inisiatif untuk membantu beliau mengikut kemampuan yang ada untuk membantu beliau samada melalui peralatan ataupun kerkhidmatan kepada beliau.
Kunjungan kami ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri serta membantu kepada mereka yang memerlukan terutama sekali kepada yang uzur, warga emas, golongan muskin ataupun OKU. Di harap usaha murni kami mendapat sokongan dari pihak masyarakat apatah lagi pihak berwajib dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat di bawah kami sesuai dengan moto kami sendiri iaitu Kampung berkebajikan.
Turut bersama sama kami dalam program ziarah ini adalah Ketua PAS Cawangan Padang Jawa Petaling, Tn HJ Hisham Parman serta Ketua Biro Dakwah Surau Nurul Iman, Sdr Abdul Rahman b Jalil.

Sabtu, 3 Julai 2010
PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN BOLING......
Ahad - 27hb June 2010 - Sebahagian AJK Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung telah menyertai satu kejohanan boling yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Agama Padang Jawa.
Sebanyak 28 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang telah diadakan di Pusat boling Ole Ole Seksyen 18 shah alam. JKKK telah diwakili oleh 3 pasukan terdiri dari JKKK A melalui saudara Abu Shah, Sdr Mohd Zahid, Sdr Shanrom dan Sdr Abd Hamid. JKKK B terdiri dari Sdr Effendi, Sdr Hamzah, Sdr Aminuddin dan Sdr Hamid yang juga selaku wakil dari Biro Keselamatan. JKKK C terdiri dari Sdr Mahfuz Othman, Sdr Ali, Sdr Azim dan Sdr faizzan.
Dalam pertandingan ini, Juara telah menerima sebanyak RM300 serta piala. Pertandingan ini telah diresmikan oleh Pengerusi MAIS, Mohd Adzib.
Peserta peserta JKKK telah bermain dengan begitu bersemangat sekali serta telah menunjukkan satu prestasi yang amat membanggakan sekali. Pemain terbaik JKKK ialah Sdr Abd Hamid yang telah mencatitkan jatuhan pin terkumpul 490 jatuhan pin untuk 3 frame permainan.
gambar menyusul....

Isnin, 28 Jun 2010
PERTEMUAN BERSAMA RELA
Rabu - 23 June 2010 - Satu pertemuan dengan Ikatan relawan (RELA) telah diadakan pada 23hb June yang lalu. Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan JKKK padang Jawa Petaling itu adalah bertujuan untuk saling kenal mengenali serta beramah mesra di antara AJK dari JKKK dan RELA.
Antara yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Kapten (B) Roslan selaku Ketua Rela Mukit Bukit Raja beserta 10 orang pegawai Platun dari RELA. JKKK padang Jawa Petaling pula di wakili oleh Pengerusi TN Hj Abdul Aziz Hj Barhan Sdr Shanrom selaku setiausaha serta barisan AJK AJK semuanya termasuk dari AJK Biro Keselamatan.
Dalam sessi penerangan yang turut diadakan pada malam tersebut, Kapten Roslan telah memberi penerangan kepada semua mengenai fungsi sebenar RELA serta tugas serta tanggungjawab yang dipikul oleh RELA selaku anggota tambahan ataupun backup kepada keselamatan samada di peringkat kampung, Negeri mahupun Negara.
Antara tugas tugas RELA khasnya di Padang Jawa ini termasuklah menjaga keselamatan Kampung seperti mencegah kecurian, samun, khalwat, kawalan lalu lintas, Kawalan Pasar Malam malah banyak lagi tugas tugas tambahan jika mahu dicatitkan disini.
Menurut Kapten (B) Roslan, beliau menghulurkan salam perkenalan serta persahabatan kepada JKKK padang Jawa Petaling dan pada masa yang sama mengalu alukan kesudian pihak JKKK yang mahu bekerjasama dengan pihak RELA dalam menjaga keselamatan kampung. Beliau juga mengalu-alukan langkah pihak JKKK yang menggalakkan ahli ahlinya terutamanya dari biro keselamatan agar menyertai menjadi anggota RELA kerana dengan cara ini, kerjasama erat akan terjalin dan menghasilkan natijah yang lebih baik demi kebaikan kampung bersama.
Pengerusi JKKK, Tn Hj Abd Aziz turut mengalu alukan kesudian pihak RELA untuk saling duduk bersama JKKK walaupun berada di bawah pentadbiran yang berbeza. Ini katanya sebagai satu langkah bijak demi mendapat kesenambungan yang baik dalam menjana kehidupan masyarakat kampung yang lebih baik serta aman insya Allah..katanya. Akhirnya beliau juga berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan agar jalinan kerjasama ini dapat membawa kampung ke era yang lebih maju dan berdaya saing.
Pertemuan ditamatkan sekitar jalm 11.00 malam serta jamuan turut diadakan.

Isnin, 21 Jun 2010
Sabtu 19hb June, 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Kuliah bulanan yang diadakan di Dataran Hj Borhan, Lot 634D, pada 19hb June, 2010 yang lalu.
Program Kuliah kali ini menampilkan Al Fathil Ustaz Kamal Ashaari selaku penceramah bebas jemputan. Dalam kuliah yang diberikan oleh beliau menekankan perlunya setiap hamba Allah mengingati mati. Antara intipati utama dalam siri kuliah beliau adalah :
1. Setiap Hamba Allah mestilah berpegang teguh dengan Tali Allah yakni agama Islam. Janganlah kamu mati melainkan dengan berpegang teguh dalam Islam.
2. Fikirkanlah apa yang perlu di bawa balik sebelum kamu mati. bermaksud apakah bekalan yang diperlukan untuk persiapan apabila bertemu Allah swt. iaitu Pahala. Maka dari itu untuk emndapat pahala maka lakukanlah kebaikan, kebajikan, amalan, sedekah jariah dan sebagainya demi mencari redha Allah.
3. Carilah Ilmu yang bermanafaat ..iaitu ilmu yang mampu membawa kita kepada redha Allah samada Ilmu Dunia mahupun Ilmu ilmu akhirat.
4. Doa dari Anak yang soleh. Bermaksud perlunya kita mendidik anak anak kepada beriman kepada Allah swt. agar suatu masa nanti apabila kita telah kembali ke rahmatullah, anak anak itulah yang berperanan serta mampu mendoakan buat kita. Berilah tanggungjawab kepada anak anak agar bijak dalam kehidupan serta bermasyarakat samada untuk dunia mahupun akhirat. Sekurang kurangnya anak anak mampun menguruskan jenazah apabila kita mati kelak.
Al Fathil Ustaz juga menyarankan kepada jemaah sekelian agar mengambil kesempatan kehangatan Piala Dunia ini dengan melakukan sembahyang sembahyang seunat malam serta bertahajud. Daripada kita leka tan tidur menunggu Perlawanan bolasepak, adalah lebih baik jika sekiranya kehangatan Piala Dunia ini ditambah dengan bersembahyang malam. Kerana ini adalah peluang yang terbaik dan sesungguhnya bukan mudah untuk bangun malam...katanya lagi. Beliau juga menyarankan agar para jemaah mengamakan satu lagi ibadah iaitu mengamalkan sentiasa berwudhu dalam setiap masa. Ini akan dapat membantu agar kita sentiasa dalam ibadah.
Semetara itu, pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan melahirkan kesyukuran kerana masih dapat terus menganjurkan program seperti ini. Beliau juga mengharapkan kepada seluruh masyarakat agar dapat terus memberi sokongan serta kerjasama demi meneruskan program ini. Sesungguhnya ini adalah salah satu program kami dalam mendidik masyarakat ke arah hidup serta mengamalkan cara hidup Islam yang baik..katanya lagi. Beliau juga menyeru kepada Wakil Wakil lorong agar membantu pihak JKKK untuk mengadakan program program seumpama ini di lorong lorong mereka sendiri.
Makanan serta minuman turut disediakan untuk jamuan kepada seluruh masyarakat. Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Alhamdullillah.

Langgan:
Catatan (Atom)