PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 15 Jun 2011

HARI KELUARGA REHLAH DAN RIADAH










Program Rehlah dan riadah serta Hari Keluarga bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya diadakan pada 14 dan 15 hb May yang lalu. Bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, program tersebut telah diadakan selama 2 hari 1 malam.

Pelbagai aturcara telah diatur untuk semua peserta peserta agar hari keluarga ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh peserta peserta. Antara peserta peserta program adalah dari  NGO NGO sekitar Padang Jawa seperti HAWA, Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan, Muslim Care, Skuad COMBI Padang Jawa serta Jabatan Amal Padang Jawa.

Pada sebelah malamnya juga selain diadakan barbecue juga diadakan acara dalam dewan untuk menduga akal dan acara teka teki serta bertaaruf. Manakala disebelah paginya, telah bersolat subuh turut diadakan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saiful yang didatangkan khas dari Shah Alam.
Di sebelah paginya turut diadakan sukaneka untuk semua.
Peserta terdiri dari pelbagai lapisan termasuk yang berkeluarga mahupun yang membujang.Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, alhamdullilah, antara tujuan utama program adalah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim terutamanya masyarakat Padang Jawa bersama sama dengan JKKK. Alhamdullillah, saya melihat mereka semua merasa amat gembira serta rasa dihargai oleh pihak kami. katanya.

Kami berharap program seperti ini akan dapat kami teruskan dimasa masa akan datang insya Allah.
Ketua Biro Kebajikan En Mahfuz Othman pula datang bersama sama keluarga dan melahirkan keseronokan beliau kerana dapat sekali ber rehlah bersama keluarga. Beliau juga turut sempat memancing bersama sama rakan rakan yang hadir.

Kami berpendapat bahawa program ini adlah baik sekali. Bagaimanapun skopnya mungkin perlu diperluas dengan berusaha mendapatkan penajaan dari pelbagai pihak terutamanya dalam membentuk masyarakat yang perihatin di Padang Jawa.

1 ulasan: